Monday, May 17, 2010

BlackEagle P1 Racing Sport Rim

Tanggal 15 May 2010 merupakan harijadi aku yang ker 28.Pagi sabtu tu aku keje sampai 7 pagi.So mmg takda masa nak celebrate2 arr except celebrate ngan dua org yang penting dan aku syg dalam idup aku.Org tu adalah P n Y bukan nama sebenar.:).Thanks sebab sudi celebrate besday chin and to P thanks for the present.Love it very much..So pas keje kul 7 tu aper lagi aku pun membutalah sampai tghari..So tghari dalam kul 3 tu aku pegi lah umah mmber aku kat Sri Kembangan nie ajak dia makan.Then tergerak hati aku nak pegi rawang ngan dia tgk kedai yang org kata sport rim murah yang amik rim standard tinggi dari kedai papan kat kelang tu..So bermulah perjalanan aku ngan kawan aku big bro.Sampai rawang ada banyak gak kedai sport rim.Tgk punya tgk mmber aku ada amik nama kedai yang kata best kat rawang tu.Lenzo nama kedai dia..So pegi sana mata aku tertarik kat rim P1 Racing 16" nie..So nego punya nego dapat lah harga yang aku rasa berbaloi.Pikir punya pikir last2 aku sebab dah sampai rawang kan, so aku pun bersetuju untuk menukarnya lepas 2 tahun aku pakai sport rim standard 14 tu.So aku share arr kat bawah nie a few gambar rim sukan terbaru aku.Enjoy...

Pandangan atas

Pandangan Sisi

Rim P1 Racing 16"

Tuesday, May 11, 2010

Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Wednesday, May 5, 2010

Realiti atau Fantasi


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... ....

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.....

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..